• Home
  • Umum
  • Hiburan
  • Ekonomi
  • Jawatan Kosong
  • Info
  • Petua
  • Dunia
  • InfoSihat
  • santai
  • About Me
Anda Disini : Home »
Showing posts with label Umum. Show all posts
Hari ini merupakan hari bersejarah untuk pasangan pemain badminton Datuk Lee Chong Wei dan isterinya Datin Wong Mew Choo kerana bayi pertama mereka akan lahir ini.
Mew Choo dijadualkan untuk melahirkan anak lelaki secara pembedahan hari ini, dan bayi pertama mereka itu bakal diberi nama Kingston.
Perkahwinan pasangan popular ini telah diraikan dalam majlis gilang-gemilang November tahun lepas. Chong Wei dilaporkan sebagai berkata yang dia berharap kelahiran bayinya akan member semangat baru dalam mengejar kejuaraan dunia, terutamanya selepas kekalahan beliau di Kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini.
Sukar untuk saya tinggalkan Mew Choo sendirian, terutamanya pada tahap kandungannya sekarang. Dia sangat memahami dan meminta saya fokus kepada pertandingan, tapi saya asyik fikirkan dia dan anak kami.
Ramai fikir saya tidak sepetutnya bertanding untuk Kejuaraan Terbuka Australia.
Sebagai seorang pemain, saya dah merancang banyak perkara untuk setahun. Saya buat keputusan untuk sertai Terbuka Australia, jadi saya perlu menerima kekalahan. Tapi jangan risau, saya dah buat keputusan untuk fokus pada satu misi saja, iaitu menjuarai Kejohanan Dunia di Guangzhou (pada bulan Ogos).
Bukan mudah untuk mengekalkan status saya sebagai pemain badminton nombor satu dunia sepanjang empat tahun lepas. Saya terpaksa berhadapan dengan semua jenis pemain – tua atau muda – yang semuanya nekad untuk mengalahkan saya.
Ia sukar dan mencabar. Saya perlu terus belatih dengan keras untuk mengekalkan stamina dan terus memotivasikan diri. Ini ialah kerjaya saya dan saya gembira kerana Mew Choo memahaminya.
Apa pun kita doakan bayi Chong Wei dan Mew Choo akan dilahirkan dengan selamat. Sumber berita asal The Star.
Bukti Pengganas Sulu itu Kebal

Bukti Pengganas Sulu Kebal | Dakwaan ramai pihak yang mengatakan pengganas Kiram mengamalkan ilmu kebal ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara mungkin tidak boleh dipercayai kerana merasakan ia mustahil berlaku.

Kemungkinan besar dalam kalangan kita juga tidak mempercayainya kerana tidak melihat sendiri di hadapan mata dan juga menganggap ia perbuatan syirik.

Tetapi itulah yang terjadi dan diceritakan sendiri oleh beberapa anggota polis dan tentera yang terlibat dalam Op Daulat kepada wartawan Sinar Harian sejak kami menjejakkan kaki di sini.

Ramai antara mereka berkata, pengganas Kiram masih boleh melarikan diri walaupun ratusan peluru mengenai badan mereka sehingga pakaian tertanggal dan tubuh berasap.

Namun, kekebalan pengganas Kiram sedikitpun tidak menggentarkan pasukan keselamatan negara, malah ia memberi semangat yang lebih untuk menghapuskan musuh ini dari bumi Sabah.

“Kami berperang dengan syaitan. Seperti filem zombie, kami mesti tembak di kepala barulah pengganas ini rebah,” kata salah seorang anggota polis kepada Sinar Harian.

Akhirnya, bukti kekebalan pengganas Kiram kami temui semasa masuk ke Kampung Tanjung Batu semalam. Sepasang baju dan seluar tentera yang pernah digunakan pengganas menjadi bukti kepada cerita-cerita yang disampaikan anggota keselamatan kepada kami.

Di belakang baju tersebut, terdapat lambang keris Sulu dan bulan sabit, serta warna hijau, putih dan kuning.


Bukti Pengganas Sulu itu Kebal - Baju tiada kesan darah.

Kami difahamkan oleh penduduk kampung lambang itu adalah lambang Tentera Diraja Sulu, entiti yang pernah diisytiharkan oleh individu yang menabalkan dirinya Sultan Sulu, Jamalul Kiram ketika awal pencerobohan Februari lalu.

Memeriksa baju itu, kami mendapati ia dipenuhi kesan peluru. Robek di sana sini. Namun amat menghairankan apabila tiada langsung kesan darah.

Penduduk, Darwin Abd Rajin, 45, berkata, pakaian tentera itu memang sudah ada di hadapan rumahnya sejak dia kembali pada Ahad lalu.

Katanya lagi, dia tidak berani menyentuh pakaian itu kerana bimbang disalahtafsir sebagai bersubahat dengan pengganas Kiram.

“Saya sudah melihat baju ini sejak pulang ke rumah. Saya tidak berani pegang kerana ia baju pengganas,” katanya.

Ditanya sama ada baju di rumahnya hilang kerana pengganas mahu menyamar menjadi penduduk kampung, kata Darwin, memang banyak baju lelaki di rumahnya lesap.

“Ya, baju saya banyak yang hilang. Kemungkinan mereka gunakan untuk menyamar,” katanya.

Kelmarin, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Salleh Mat Rashid menasihati penduduk kampung melaporkan terus kepada pihak berkuasa jika ada orang asing masuk ke kampung mereka.

Katanya, ia kerana pengganas Kiram disyaki sudah menyamar menjadi orang awam selepas  pihak berkuasa bertindak segera dalam melumpuhkan kegiatan pengganas.
100 Pencapaian Dari Najib Razak | Berikut ini ialah senarai antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang berjaya dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun beliau berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:




1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 – Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 – Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 – Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 – Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

* 19 Feb 2011 – Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

* 22 Jun 2011 – Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia (sehingga 28 Feb 2013, terdapat 87 KR1M dan kerajaan menyasarkan 90 lagi KR1M beroperasi tahun ini).

* 7 Okt 2011 - Dalam pembentangan Belanjawan 2012, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah.

* 4 Julai 2011 – Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

* 7 Julai 2011 – Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4 (Sebanyak 3,572 premis menawarkan menu itu).

* 7 Julai 2011 – Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

* 19 Dis 2011 - Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

* 18 Feb 2012 – Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

* 23 Jun 2012 – Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

* 24 Jun 2012 – Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

* 7 Julai 2012 – Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

* 14 Julai 2012 – Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

* 15 Julai 2012 - Lancar 1Malaysia For Youth (1M4U), program kesukarelawan dalam kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia.

* 7 Ogos 2012 – Memperkenal kad ’1Malaysia Privilege Card’ khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

* 28 Sept 2012 – Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

* 12 Nov 2012 – Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

* 15 Feb 2013 – Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

* 19 Mac 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dijadikan inisiatif tahunan.

* 16 Mac 2013 – Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

2. HAK ASASI DAN KESELAMATAN NEGARA

* 3 April 2009 - Mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri serta membuat kajian semula akta itu. (dalam perutusan sulungnya menerajui kerajaan)

* Pada tarikh yang sama, Najib mengumumkan kerajaan menarik balik larangan penerbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung sebulan sebelum itu.

* 9 Julai 2009 - Tidak membenarkan negara dan sistem perbankannya digunakan bagi transaksi pencambahan senjata nuklear.

* 15 Sept 2011 (Sempena Hari Malaysia 16 Sept)- Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967.

* 5 Okt 2011 – Memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 (Akta 79) setelah tidak diguna pakai sejak 34 tahun lepas, mansuh Akta Kediaman Terhad 1933, umum pembebasan serta merta kesemua 125 individu yang ditahan mengikut akta itu, lebih 200 waran yang belum diserahkan, dibatalkan.

* 24 Nov 2011 – Membentang Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 di Dewan Rakyat yang antara lain keperluan untuk mendapatkan lesen perhimpunan akan dihapuskan.

* 24 Nov 2011 - Mansuh tiga Proklamasi Darurat 1966, 1969 dan 1977. Bebaskan 36 tahanan di bawah Ordinan Darurat.

* 19 April 2012 – Pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 diluluskan di Dewan Rakyat, yang memberi kelonggaran kepada mahasiswa mencapai usia 21 tahun untuk berpolitik.

* 28 Sept 2012 – Ketika pembentangan Belanjawan 2013, kerajaan bersetuju menubuhkan 1,000 Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dengan peruntukan RM20 juta.

* 28 Sept 2012 – Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

* 15 Dis 2012 – Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

* 7 Mac 2013 – Perdana menteri beri amaran kepada penceroboh Sulu yang masih bersembunyi di Sabah bahawa mereka tiada pilihan lain selain meletak senjata dan menyerah diri.

* 11 Mac 2013 – Penyerataan pangkat-pangkat dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia dengan Perkhidmatan Awam Am.

* 25 Mac 2013 – Mewujudkan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) meliputi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

* 30 Mac 2013 – Najib umum penambahan 1,000 lagi unit URB.

3. PENTADBIRAN

* 9 April 2009 - Najib memperkenal Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi menilai prestasi anggota kabinetnya — menteri dan timbalan Menteri – dalam mencapai matlamat pentadbirannya “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

* 18 Julai 2009 – Melakukan pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam dengan cadangan jawatan utama sektor itu dibuka kepada sektor swasta dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selain Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

* 27 Julai 2009 – Memperkenal Penunjuk Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan melantik Datuk Idris Jala sebagai Ketua Eksekutif (CEO) Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (Pemandu). (Bidang utama pada KPI itu ialah – mengurangkan jenayah, membanteras rasuah, membuka luas peluang pendidikan yang termampu dan berkualiti, meningkatkan taraf kehidupan masyarakat miskin, menambah baik infrastruktur di luar bandar dan menambah baik pengangkutan awam)

* 27 Jan 2010 – Perdana menteri lancar pelan induk pelaksanaan GTP yang berkaitan dengan enam NKRA.

* 8 Feb 2010 – Najib garis empat tonggak utama untuk dilaksanakan oleh pentadbiran awam bagi menjayakan agenda negara sepanjang tahun itu, iaitu Ggagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP); Model Ekonomi Baharu dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 23 Feb 2010 - Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

* 23 Feb 2010 – Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

* 4 April 2011 – Perdana menteri mahu setiap anggota pentadbiran awam terap empat elemen penting yang terkandung dalam ‘Strategi Lautan Biru Kebangsaan’ dalam pengurusan tugas mereka, iaitu ‘mengurang’, ‘menghapus’, ‘mewujud’ dan ‘menambah peluang’.

* 28 Sept 2012 - Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang bayaran pertama akan dibuat pada Disember 2012, manakala sebulan lagi pada Januari 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.

* 26 Ogos 2012 – Memperkenal Strategi Lautan Biru Kebangsaan 7 (NBOS 7) iaitu inisiatif menghubungkan antara UTC dan RTC supaya melaluinya produk makanan dan hasil pertanian boleh dibawa ke bandar secara berskala besar.

* 19 Mac 2013 – Pembentangan laporan tahunan Program Transformasi Negara (sebahagian besar matlamat GTP dan ETP berjaya dicapai)

* 25 Mac 2013 – Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

4. EKONOMI DAN KEWANGAN

* 10 Mac 2009 – Mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua dan mekanisme pelaksanaannya.

* 22 Apr 2009 – Melakukan liberalisasi ke atas 27 sub sektor perkhidmatan.

* 27 Apr 2009 – Mengumumkan liberalisasi sektor kewangan negara.

* 27 Apr 2009 - Malaysia menjadi negara pertama mempunyai institusi kewangan Islam mega dengan modal berbayar sekurang-kurangnya AS$1 bilion.

* 15 Mei 2009 – Sebuah institut jaminan kewangan, Danajamin Nasional Berhad ditubuhkan bagi memudahkan syarikat mendapat akses lebih baik kepada pasaran bon Malaysia.

* 24 Jun 2009 – Najib syor supaya diwujudkan entiti Baitulmal di peringkat kebangsaan bagi menyelaras harta milik orang Islam Malaysia.

* 30 Jun 2009 – Najib mengumumkan garis panduan pelaburan secara komprehensif iaitu Garis Panduan Pelabur Asing (FIC).

* 1 Julai 2009 – Perdana menteri lancar Felda Global Ventures (Felda Global) yang menjadi jentera komersil bersepadu tunggal kumpulan Felda.

* 23 Okt 2009 – Najib buat pertama kali membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat yang bertemakan `1Malaysia, Kemakmuran ersama’ dengan peruntukan RM191.5 bilion.

* 23 Dis 2009 – Memperkenal semula Cukai Keuntungan Hartanah Sebenar (RPGT) dari jualan hartanah tanpa mengira tahun hartanah itu dibeli.

* 30 Mac 2010 – Mengumumkan Model Ekonomi Baharu (MEB) yang menggariskan lapan inisiatif pembaharuan strategik.

* 10 Jun 2010 – Membentangkan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10).

* 25 Okt 2010 – Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

* 11 Jan 2011 – Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

5. LUAR NEGARA

* 10 April 2009 – Mengetuai delegasi Malaysia sebagai Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Asean ke-14 dan Sidang Kemuncak berkaitan, di Pattaya, Thailand

* 3 Jun 2009 - Pemimpin negara luar pertama diberi penghormatan berucap di Great Hall of the People, Beijing, China sempena lawatan rasmi.

* 6 Okt 2009 - Merupakan pemimpin Malaysia pertama dalam sejarah hubungan Malaysia dengan Unesco selama 50 tahun yang menyampaikan ucaptama pada sesi pembukaan persidangan Unesco di Paris, France.

* 30 Sept 2009 – Najib umum kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Arab Saudi menerusi penubuhan syarikat usaha sama yang bermodalkan AS$2.5 bilion (RM8.65 bilion) bagi mengendalikan aliran pelaburan langsung asing (FDI) dari Asia Barat serta membuat pelaburan strategik dalam projek berimpak tinggi di negara ini.

* 26 Okt 2009 – Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan New Zealand dimeterai.

* 12 April 2010 – Mengadakan pertemuan empat mata dengan Presiden Barack Obama di Pusat Konvensyen Walter E.Washington i Washington, Amerika Syarikat.

* 27 Sept 2010 - Pada ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat, Najib menggesa semua negara supaya “memilih kesederhanaan dan menolak ekstremism”.



* 12 Julai 2011 – Mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom, dan telah menjemput ketua-ketua industri negara tersebut untuk meneroka peluang pelaburan di Malaysia.

* 18 Mei 2011 – Menghadiri “Invest Malaysia New York 2011″ di New York, Amerika Syarikat dengan menarik pelaburan baru antara RM5 dan RM6 bilion pelaburan.

* 15 Okt 2012 – Menjadi saksi kepada acara bersejarah permeteraian perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan Barisan embebasan Islam Moro (MILF) di Manila, Filippina.

* 22 Jan 2013 - Merupakan perdana menteri Malaysia pertama menjejak kaki di bumi Palestin sempena lawatan kemanusiaannya ke Gaza.

6. TEKNOLOGI DAN INOVASI

* 24 Julai 2009 – menubuhkan Majlis Teknologi Hijau bagi mempromosi teknologi hijau dan amalannya.

* 15 Sept 2009 – mengumumkan Pasukan F1 1Malaysia yang dikendalikan anak tempatan dalam bidang pemotoran.

* 28 Okt 2009 – Umum kajian semula Dasar Automotif Nasional (NAP) membabitkan 18 langkah baharu termasuk mewajibkan kenderaan penumpang berusia lebih 15 tahun membuat pemeriksaan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sebagai syarat memperbaharui cukai jalan mulai tahun depan, memansuhkan sepenuhnya permit import (AP) terbuka kenderaan terpakai mulai 2016 dan AP francais menjelang 2021.

* 29 Okt 2009 – Pusat Inovasi Negara (MyNIC) dan rangkaian Pusat Kecemerlangan Inovasi (iCoE) diwujudkan bagi menggalakkan kegiatan kreatif dan inovasi sebagai sumber komersial baru negara.

* 17 Dis 2009 – Najib mengumumkan komitmen Malaysia mengguna pakai petunjuk bagi pengurangan secara sukarela pelepasan arbon atau gas rumah hijau sehingga 40 peratus daripada intensiti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 berbanding tahap 2005 pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2009 (COP 15) di Denmark.

* 26 Jan 2010 – melancarkan Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (SPTH) yang merupakan komitmen kerajaan dalam memajukan sektor itu. Ia sejajar dengan akujanji Kuala Lumpur pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim, bagi mengurangkan pelepasan karbon dan gas rumah hijau sekali gus membantu memulihara persekitaran untuk generasi akan datang.

* 24 Mac 2010 – Umum empat insentif dalam Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI) untuk mentransformasi Malaysia daripada negara berpendapatan sederhana kepada negara maju.

* 10 November 2010 – Kerajaan mengumumkan langkah untuk meningkatkan nilai KDNK dengan menambah kadar penggunaan jalur lebar di negara ini sehingga mencapai tahap 50 peratus menjelang akhir tahun depan daripada hanya 24 peratus ketika ini.

* 8 Sept 2011 – Lancar Rangka Kerja dan Sistem Penilaian Bandar Raya Rendah Karbon bertujuan mengurangkan 40 peratus enghasilan karbon dioksida di bandar menjelang 2020.

* 7 Julai 2011 – Memperkenal Kelestarian Yang Dicapai Melalui Kecekapan Tenaga dengan pemberian rebat tunai RM200 kepada engguna domestik yang membeli pendingin hawa dan peti sejuk yang diberi taraf 5-bintang.

7. POLITIK

* 26 Mac 2009 – Diisytihar sebagai presiden Umno yang baharu, tanpa bertanding, pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan erdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

* 24 April 2009 – Dilantik sebagai pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

* 15 Ogos 2011 – Mengumumkan pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen yang dianggotai wakil kerajaan BN dan parti pembangkang bagi membincangkan reformasi pilihan raya.

* 29 Nov 2012 – Melancarkan buku bertajuk ‘Transformasi Politik:Mendaulatkan Hak Asasi Serta Demokrasi Pemerintahan Rakyat untuk Rakyat’, yang memperinci kewajaran setiap transformasi dilaksana kerajaan.

* 20 Feb 2013 – Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International dan memperteguh komitmen beliau dalam memerangi rasuah terutama dalam pilihan raya umum ke-13.



8. PENGIKTIRAFAN DUNIA KEPADA MALAYSIA DI BAWAH PENTADBIRAN NAJIB

* Laporan Kemudahan Menjalankan Perniagaan 2011 oleh Bank Dunia, Malaysia tersenarai dalam kedudukan 20 teratas dan berkongsi kedudukan pertama di dunia dari segi kemudahan mendapatkan pinjaman perniagaan. BACA SINI

* Kajian Global Peace Index (GPI) 2011 mendapati Malaysia ialah negara ke-19 paling selamat daripada 153 negara di seluruh unia. Malaysia juga diletakkan sebagai negara paling aman di Asia Tenggara dan keempat di Asia Pasifik selepas New Zealand, Jepun dan Australia.

* Laporan World Economic Forum 2012 menyaksikan Malaysia naik lima anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia erbanding tahun sebelumnya, menjadikan Malaysia antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia.

* Syarikat perunding A.T Kearney iktiraf Malaysia sebagai negara 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi tahun 2012.

* World Bank Ease of Doing Business Report 2013 meletakkan Malaysia negara ke-12 paling mesra perniagaan di dunia.

* Laporan World Competitiveness Yearbook 2012/2013 mendapati Malaysia negara ke-14 paling berdaya saing. BACA SINI

* Malaysia sebagai negara ke-10 bagi destinasi menarik pelaburan langsung dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing 2012.

9. PENDIDIKAN

* 25 Jan 2010 – 20 daripada 10,000 sekolah dipilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

* 7 Okt 2011 – Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti. - Bernama


Parlimen Ke 12 Sah Dibubarkan Rabu 2013 | Parlimen ke 12 dibubarkan mulai hari ini, 3 April 2013.Pembubaran tersebut baru sahaja diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi dalam penampilan secara langsung melalui stesen televisyen nasional sekaligus memberikan laluan untuk pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan.


Perdana menteri mengatakan telah bertemu Yang Di-Pertuan Agong pagi ini dan mendapat perkenan Tuanku untuk membubarkan  Parlimen. Difahamkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) juga akan dibubar hari ini dan esok untuk memberi laluan kepada PRU.

DUN Negeri Sembilan telahpun terbubar secara automatik pada 27 Mac lalu manakala Sarawak telah  mengadakan pilihan raya negeri pada April 2011.

Pilihan raya terakhir yang berlangsung di dalam negara adalah pada 8 Mac 2008, namun Najib yang memegang tampuk pemerintahan  empat tahun lalu telah mengambil masa agak lama untuk membubar Parlimen kali ini.

Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya  kali ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat Malaysia.

Pegawai rasmi kerajaan menjangka kerajaan sedia ada akan mendapat majoriti tradisi dua pertiga mereka dengan memenangi  sekurang-kurangnya 160 kerusi walaupun pada masa sama juga PR yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin untuk  menang.
Selamat Hari Jadi PDRM

Semalam Polis Diraja Malaysia menyambut ulang tahunnya yang ke 206. Pasukan Polis sudah wujud sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi tetapi pasukan polis yang ada sekarang diasaskan pada 25 Mac 1807 di Pulau Pinang oleh penjajah British. James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone. Sempena menyambut ulang tahunnya yang ke 206 semalam, pakaian-pakaian seragam yang pernah digunakan PDRM diperlihatkan kepada umum. Cool abis! Kami suka pakaian seragam seluar pendek dan topi bulat kerana mengingatkan kami kepada Bukit Kepong. That film is cool.

Sila follow FB PDRM untuk pelbagai foto rasmi PDRM




Laporan asal Facebook PDRM
 Pasukan keselamatan mara ke kawasan baru menghampiri kawasan penceroboh militan selatan Filipina bersembunyi di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, kira-kira 120 kilometer dari sini.
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, fokus pasukan keselamatan kini adalah untuk membersihkan kawasan itu secara
besar-besaran.
"Kami percaya saki-baki musuh itu sekarang ini berada di kedua-dua tempat (Kampung Tanduo dan Tanjung Batu) ini," katanya pada sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.
Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Operasi Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.
Sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 53 musuh dan lapan anggota polis terkorban. Pasukan keselamatan turut menahan 106 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.
Selasa lepas, pasukan keselamatan melancarkan serangan udara menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk sebagai gerakan pertama ke arah menamatkan krisis pencerobohan kumpulan militan selatan Filipina yang mendakwa sebagai askar kesultanan Sulu. - Bernama
Semakan Kemasukan Ke MRSM Pengambilan Kedua 2013 | Para pelajar lepasan UPSR dan PMR 2012 yang ada memohon memasuki Tingkatan 1 dan 4 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan gagal mendapat tempat semasa pengambilan pertama awal Februari lalu boleh menyemak sekali lagi permohonan mereka untuk mengetahui keputusan rayuan.

Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 1
  • Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 1 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
    • Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 1 2013
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor surat beranak atau nombor kad pengenalan atau angka giliran UPSR.
Semakan Ambilan Kedua MRSM Tingkatan 4
  • Keputusan pengambilan kedua MRSM Tingkatan 4 2013 boleh disemak melalui laman web Majlis Amanah Rakyat di
    • Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkatan 4 2013
  • Semakan boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon.


Pengambilan Ketiga

Tahniah kepada para pelajar yang telah terpilih! Mereka yang gagal jangan hampa kerana MRSM biasanya ada ambilan yang ketiga jika masih mempunyai kekosongan.  

Maklumat

Sebarang pertanyaan dan maklumat tambahan mengenai keputusan ambilan kedua ini boleh diperolehi dengan menghubungi MRSM yang ditawarkan atau Bahagian Pendidikan dan Latihan (Pendidikan Menengah) MARA di talian 03-2690 3765 / 03-2613 4509 / 03-2613 4513.
Berikut ini adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:


Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo.

Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo.

Sebuah helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo.

Anggota polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini.

Kenderaan anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo.

Seorang kakitangan Hospital Lahad Datu mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini.

Sekatan jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi.
Teknologi internet telah banyak merubah cara hidup kita. Ia membolehkan sesiapa sahaja mendapatkan segala maklumat dengan mudah selain dijadikan sebagai alat komunikasi yang mampu menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja di seluruh negara mahupun rantau ini. Kemajuan ini merupakan sesuatu yang mustahil untuk dikecapi sebelum ini.

Oleh itu, adalah penting untuk kita supaya sentiasa mengikut trend dan kerana itulah saya gembira kerana dapat berucap pada Persidangan Penulis Blog dan Media Sosial Dunia di Kuala Lumpur semalam. Saya juga berpeluang bertemu dan berbual bersama Rina Azmira yang merupakan pengikut ke-sejuta Facebook saya dan ibu bapanya. Saya juga mengambil kesempatan semalam untuk melancarkan akaun Instagram baru saya dan anda boleh mengikutinya di sini (http://instagram.com/najib_razak).

Dengan kemunculan media sosial pula, setiap orang kini mampu menerbitkan pelbagai maklumat tidak kira sejauh mana tahap pengetahuan teknikal mahupun latar belakang ekonomi mereka. Ia sangat terbuka dan banyak membantu perkembangan orang ramai terutama kepada ‘generasi digital’ yang membesar dalam zaman internet – yang kini mahu lebih terbuka dalam banyak perkara.

Kerajaan dan politik juga tidak terkecuali dalam hal ini, sebab itulah saya sentiasa cuba melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi menggunakan platform terbaru dan paling relevan. Oleh kerana itulah, saya telah mengarahkan semua Menteri Kabinet saya supaya sentiasa mesra media sosial dan kekerapan menggunakan media sosial juga menjadi ukuran kepada saya untuk memilih calon sesuai untuk mewakili parti saya pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai Kerajaan saya juga akan pastikan, kita perlu berusaha untuk membantu rakyat dalam melakukan perkara sama dalam bidang kerja mereka. Oleh kerana itulah, kita perkenalkan inisiatif seperti Digital Malaysia dan pemberian baucar telefon pintar kepada generasi muda.

Dalam dunia baru media sosial kita semua perlu menguasainya sekiranya tidak mahu dianggap sebagai ketinggalan zaman. Ini bermakna mana-mana individu dan organisasi perlu membuka minda dan mengambil pendekatan mesra media sosial. Ini juga bermakna rakyat perlu melihat ke hadapan dalam memanfaatkan setiap peluang yang telah disediakan – dan Kerajaan bertanggungjawab untuk membantu mereka melakukannya.
1.4 Juta Penjawat + Elaun Perumahan Naik? Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 + elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara contohnya dikatakan telah bersedia.

Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam ++ elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan.
PERTUBUHAN KERAJAAN

1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my

2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my
Tel : 03-88725777

3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my

4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web
: http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822

5) Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) 

Ditubuhkan pada 24hb. Mei 1964 TTPR dan menyediakan alternatif untuk mendengar dan mengadili tuntutan pembeli yang menuntut gantirugi dan pampasan daripada pemaju perumahan dengan cara yang lebih mudah, murah dan cepat melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Laman Web : http://www.kpkt.gov.my
Tel : 03-20947033

6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my


7) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my


PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO)

1) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000 

2) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Sistem aduan pengguna yang dibangunkan oleh pihak PPIM untuk memberikan saluran alternatif dalam menerima aduan daripada golongan pengguna di Malaysia.

Laman web : http://www.muslimconsumer.org.my
Email : info@muslimconsumer.org.my


AGENSI AGENSI LAIN

1) Biro Pengantaraan Kewangan (BPK)
Biro Pengantaraan Kewangan adalah sebuah badan bebas yang ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara anda dengan penyedia perkhidmatan kewangan anda di kalangan ahli-ahli BPK. BPK menyediakan satu saluran yang percuma, cepat, mudah dan cekap untuk anda mengemukakan pertikaian sebagai alternatif kepada penyelesaian melalui mahkamah. Pertikaian tersebut mungkin berkaitan dengan perkhidmatan perbankan, kewangan ataupun insurans dan takaful.

Laman web
: http://www.fmb.org.my
Tel : 03-22722811 

2) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Menerima aduan mengenai salah laku dan kesalahan lain dalam sekuriti dan pasaran niaga hadapan serta menilai sama ada terdapat kesalahan di bawah undang-undang sekuriti. Jika anda mengesyaki terdapat salah laku dalam industri dan boleh menyokong dakwaan anda, sila kemukakan aduan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Laman web : http://www.sc.com.my
E-mel : cau@seccom.com.my
Elaun Penjawat Awam Naik Berita Gembira 1.4 Juta Kakitangan Awam : Lebih 80 Elaun Kakitangan Kerajaan 2013 Akan Naik?
Lagi-lagi berita gembira buat warga kakitangan kerajaan..Alhamdulillah, sejak satu dua bulan terakhir ini satu demi satu berita gembira yang sedap didengar untuk halwa telinga khususnya buat 1.4 juta kakitangan awam. Antaranya….

80 Elaun Kakitangan Kerajaan Akan Dikaji Semula?

Lebih 80 jenis elaun penjawat awam termasuk elaun sara hidup akan dikaji semula bagi melihat kesamarataan, kesaksamaan dan kemunasabahan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata kajian itu bagi memastikan kebajikan penjawat terus terbela dan akan menjadi berita gembira yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.
“Kesemua ini adalah termasuk daripada jumlah lebih daripada 80 jenis elaun yang akan dikaji semula secara terperinci demi melihat kesamarataan dalam sistem pemberian elaun.

Antara Senarai Penambaikan Untuk Elaun 1.4 Juta Kakitangan Kerajaan :

Di bawah ini adalah antara senarai elaun & kebajikan kakitangan kerajaan yang diberikan penekanan
  1. Gaji yang statik turut juga akan dikaji dan diberi perhatian
  2. Persoalan dan permintaan mengenai status gred
  3. Status perjawatan kontrak
  4. Elaun perumahan
  5. Tuntutan perjalanan
  6. Ada lagi tuntutan kakitangan kerajaan yang cukup pentin, tertinggal?
  7. Ada lagi mahu anda tambah?
Seingat kami, ini kali kedua Ketua Setiausaha Negera mengumumkan tentang kajian yang melibatkan kakitangan kerajaan.
  1. Yang pertama, mengenai gaji kakitangan cemerlang bergaji statik mahu dinaikkan sehingga 5% sehingga menimbulkan kekecohan (SEPERTI DI SINI)
  2. Kali ini, yang akan dikaji semula adalah mengenai elaun
Cuma….kalau boleh bagi kami, adalah lebih baik selesaikan dahulu gaji yang sudah langgar dinding itu. Selesaikan yang itu dahulu, kemudian barulah menabur untuk janji-janji yang lain pula. ETP RM180 (KLIK SINI BUTIRANNYA) sekarang ini pun dalam kajian, berapa lama mahu dikaji kami tidak pasti.

beritasemasa
Wanita atau lelaki, memang mengambil berat soal penampilan diri. Pelbagai langkah diambil untuk itu, Kadang-kadang kita tak sedar badan berbau dan orang segan nak beritahu kita. Jadi boleh try tips-tips berikut:-

1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.


Ini pulak ada 10 cara nak hilangkan bau badan cara semulajadi.Sebenarnya banyak tanaman semulajadi yang boleh di jadikan sebagai deodorant semulajadi untuk menghilangkan bau badan tersebut, berikut adalah tanaman-tanaman yang boleh kita gunakan.




1. Daun Sirih



Sudah sekian lama dikenali, berkhasiat sebagai antiseptik juga mengandungi zat-zat aktif yang mampu menghilangkan bau badan yang disebabkan oleh bakteria atau kulat. Mengandungi bahan kimia dalam minyak patinya: al. kadinen, kavikol, seneol, eugeol, karvakol dan bahan-bahan samak.

Khasiat lainya: Beberapa helai daun sirih direndam dalam air panas, setelah agak-agak suam airnya diminum. Atau daun sirih dihaluskan bersama kapur sirih lalu di sapukan di ketiak.


2. Daun Beluntas 
Biasanya ditanam sebagai tanaman pagar dan mempunyai sifat khas berbau kurang menyenangkan dan rasanya pahit. Daun dan bunga beluntas mengandungi alkali yang bertindak sebagai antiseptik. Kandungan kimia al. amino (leusin, isoleusin, triptofan, treoin), lemak, kalsium, fosforus, besi, vitamin A dan C.

Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah atau dikukus, juga boleh minum air rebusannya.

Khasiat lainya: Juga mujarab untuk mengurangkan panas badan semasa demam. Boleh menurunkan suhu tubuh dan menyejukkan badan, dengan begitu banyak peluh yang keluar dan suhu badan menjadi turun.




3. Daun Selasih
Mengandungi antiseptik.

Cara Penggunaan: Dimakan mentah-mentah sebagai ulam.


Khasiat lainya: Meningkatkan selera makan. Jika dimakan segenggam pada waktu pagi dan petang selama masa haid maka bau badan yang sering menghinggapi perempuan haid akan berkurangan.



4. Kunyit

 
Mengandungi bahan kimia al. sapomin, flavioinoida dan minyak pati.

Cara Penggunaan: Minum air rebusan, kunyit yang telah dicincang halus, jus halia parut ditambah madu sedikit. Kunyit yang kisar juga boleh dilumur seluruh badan hingga kering.


5. Bunga Kantan


Mengandungi Sapomin, flavoinoida dan polifenol.


Cara Penggunaan: Daun muda dan bunga di masak dan dimakan sebagai ulam.


6. Limau Purut
Cara Penggunaan: Minum campuran pati kulit limau purut dengan sebatang lengkuas yang dikisar bersama-sama dengan air secukupnya




7. Limau Nipis
Cara Penggunaan: Air perasan limau nipis dicampur kapur sirih disapu pada ketiak


8. Halia 
 


Sebahagian besar orang India percaya kalau rajin memakan Halia boleh membuat badan seseorang mengeluarkan aroma wangi. Menurut Pen Chao Cing dari maharaja Shen Nong (3000 SM), halia segar boleh dapat menghilangkan bau badan sekaligus mendekatkannya pada aura spiritual.


Cara Penggunaan: Minum air halia yang dikisar, atau juga boleh dicampurkan dalam minuman lain seperti teh.




9. Timun
Cara Penggunaan: Ambil sebiji buah timun muda dan dikupas kulitnya lalu digosokkan ke bahagian badan yang berbau berulang kali ketika mandi.


10. Cengkih

Cara Penggunaan: Beberapa kuntum bunga cengkih direndam sehingga mengembang kemudian airnya diminum.

Khasiat lainya: Air rebusan beberapa kuntum bunga cengkih dengan gula merah, juga dapat menjadi minuman segar dan menghangatkan dikala hujan
Pelakon cantik serta kacak Memey Suhaiza bersama suaminya, Norman Hakim selamat mendapat cahaya mata lelaki,diberi nama Mohamed Darwisz Hakim

Blogpenyamun difahamkan Memey selamat bersalin pada 1 Februari 2013 pukul 9.55 Malam di Hospital di Dewan Bersalin Muslimah Sunway Gombak.,Memey bersalin awal dua minggu dari jangkaan Doktor.


“Syukur kepada Allah kerana semuanya telah selamat. Akhirnya termakbul juga doa saya untuk bersalin secara normal. Abang Norman menemani saya di bilik bersalin dari awal sehinggalah saya selamat melahirkan,” ujar Memey Suhaiza.



Untuk makluman, Memey Suhaiza dan Norman Hakim telah bernikah pada 24 September 2011 di kediaman keluarga Memey sendiri di Felda Tenggaroh Selatan 1, Johor.

Ini merupakan anak keempat Norman Hakim dan sebelum ini aktor tersebut telah memiliki tiga orang cahaya mata dengan hasil perkahwinan pertamanya bersama Abby Abadi.
SINOPSIS FILEM KERAT 14,PELAKON FILEM KERAT 14. Jalan cerita filem suspens, misteri dan aksi iaitu Kerat 14 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kejadian bunuh yang pernah berlaku di negara ini.

Pengarahnya, Arjin Uppal berkata, skrip dan penceritaan filem berkenaan dihasilkan hanya berdasarkan imaginasi yang diterjemahkan dalam bentuk hiburan semata-mata.

"Tidak benar jika ada yang mengatakan filem ini berdasarkan mana-mana kisah benar kerana ia adalah fiksyen semata-mata," ujarnya ringkas selepas ditemui pada tayangan perdana filem tersebut di sini pada Rabu.

Kerat 14 mengisahkan pembunuhan kejam seorang lelaki oleh sepasang kekasih lakonan Aaron Aziz dan Siti Saleha secara tidak sengaja sehingga menyebabkan mayat berkenaan dipotong kepada 14 bahagian.

Filem tersebut bakal ditayangkan di pawagam pada 14 Februari depan.
Dalam pada itu, Arjin berkata, pihaknya telah melakukan rombakan skrip sebanyak enam kali selepas mengadakan perbincangan dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar ia tidak melanggar sebarang etika.

Arjin (kanan) ketika di lokasi penggambaran Kerat 14
Menurut Arjin, filem berkenaan yang turut mendapat kerjasama PDRM itu peru dibuat dengan berhati-hati supaya sebarang fakta melibatkan agensi itu digunakan dengan tepat.
"Filem ini ada melibatkan siasatan polis, cara mereka bekerja dan sebagainya jadi kami mahu ia dilakukan dengan teliti supaya tiada sebarang kesalahan fakta terutama dari segi perundangan dan peraturan," jelasnya.

Bagaimanapun kata Arjin, pihak PDRM tidak mencampuri aspek lain dan cuma memberi pandangan terhadap perkara yang melibatkan agensi itu sahaja.

Sementara itu, Arjin memberitahu, pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) juga tidak melakukan sebarang pemotongan terhadap karya pertamanya itu.

"Saya gembira dengan hasilnya dan semua yang dilakukan telah mendapat kelulusan daripada LPFM," katanya.

Tambah Arjin, dia juga gembira dengan kerjasama semua pelakon dan krew produksi untuk menjayakan filem yang menelan kos sebanyak RM1.8 juta itu.

Kerat 14 turut dibintangi oleh Zamarul Hisham, Arash Mohamad, Ali Arami, Fouziah Gous dan Arora Salwa
Lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) telah dihantar dan diterima setelah permohonan ditutup pada 31 Disember lepas. Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 02 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013 boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.

Semakan BR1M 2.0 Online 2013:

  • [SEMAK ONLINE]
  • Akan dikemaskini

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos:

  • Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos.
  • Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan.

Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline:

  • Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
  • Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?

  • Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya.
  • Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut.
  • Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara.
  • Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.

Terkini

Loading...

Blog List

  • borak kosong
    Kostum Ini Bikin Avril Lavigne Dijauhi Kekasih - Gaya *Avril Lavigne* saat hadir di ajang MuchMusic Viedeo Awards memang sangat memukau. Herannya, kekasih*Avril* malah terus menjaga jarak. Kira-kira kenap...
    25 minutes ago
  • PING BUSUK RSS FEED
    PANDANGAN SAINS TENTANG CERMIN MATA TERAPI - Teknologi Cermin Mata Terapi bukanlah penemuan yang baru malah lebih lama dari itu. Seawal abad ke-5 Sebelum Masihi, orang-orang Cina purba mendapati baha...
    27 minutes ago
  • BERNAMA
    Rencana : Malaysia Dilanda 'Cuaca Panas' - *Oleh Zulkiple Ibrahim* KUALA LUMPUR, (Bernama) -- "Cuaca sungguh panas di luar sana," kata seorang rakan kepada penulis di sini baru-baru ini.
    34 minutes ago
  • beautifulnara.com/feed/
    Berita Kematian Sofi Jikan Adalah Palsu - Dengan sosial media yang semakin meluas penggunaannya di Malaysia, berita-berita yang masih tidak dapat disahihkan memang pantas tersebar. Terbaru, khabar ...
    47 minutes ago
  • Aku Stress Giler
    OMG : Adakah Gadis Ini Sedar Yang Dia Memakai Bajunya Terbalik? (2 Gambar) - Adakah Gadis Ini Sedar Yang Dia Memakai Bajunya Terbalik? Adakah ini fesyen terkini?
    7 hours ago
  • Informasi Dot My
    (VIDEO) Perompak Samun Kedai Arak Dirakam CCTV - Kejadian samun bersenjata ini berlaku pada 21 Mei lalu di sebuah kedai menjual arak. Tiga orang ‘macha’ ni buat-buat masuk nak beli arak sebelum melarik...
    16 hours ago
  • Informasi Malaysia Kini
    Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup - *Subhanallah! Otak Jenazah Pelajar Tahfiz ‘Segar’ Seperti Hidup* | Sedih rasanya apabila menerima berita kematian salah seorang pelajar tahfiz yang terkorb...
    16 hours ago
  • Blog Bulan Purnama
    Ahmad Idham Tegur Pawagam Tayang Waktu Maghrib - *Ahmad Idham Tegur Pawagam Tayang Waktu Maghrib.* Penerbit dan pengarah filem, Ahmad Idham Nadzri memberi teguran kepada pemilik pawagam di Malaysia keran...
    21 hours ago
  • Bila Jejari Menari
    MC...Laptop Diserang Demam Malaria - Jika JR gagal bersiaran pada setiap hari seperti lumrahnya sebelum ini, maafkan JR. Jika JR tidak menjenguk blog korang dan tidak membalas komen-komen kora...
    1 day ago
  • cer citer
    Yuna Sahkan Julian Schratter Dan Dirinya Bercinta - [image: http://cerciterpanas.blogspot.com] Sebelum ini Yuna pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Qi Razali. Kira-kira setahun lepas hubungan itu telah t...
    1 day ago
  • ! TAO TAU AJER
    GEMPAR! - [VIDEO] Munculnya Bara Api Di Yaman, Tanda Tanda Kiamat Fenomena Api Hijaz - *TAOTAUAJER *- Pada Jumaat 07/06/13 Yaman di kejutkan apabila secara tiba-tiba api dan asap keluar dari perut bumi di salah satu prop Yaman. Hal ini mengu...
    1 day ago
  • ! SUFFER8ZINE TERRITORY !
    Semakan Keputusan Rayuan UPU 2013 / 2014 - Hari ini (13 Jun 2013) khamis tepat jam 12.00 tengah hari, keputusan rayuan bagi kemasukan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/ Politeknik Premier bagi...
    5 days ago
  • KuraKura Dot My
    NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ? - NGERI : KEPALA BERLUBANG TETAPI MASIH HIDUP ? | LELAKI ini dilahirkan normal sehinggalah terlibat dalam satu kemalangan ngeri di sebuah bandar di China. Na...
    6 days ago
  • Johan Rakyat
    Cara Buat widget popular posts dengan animasi gambar berputar - *Widget popular posts dengan animasi gambar berputar* ini sangat cantik dan menarik sekali terlebih lagi jika dipasang di blog anda, yang pasti pengunjung...
    2 weeks ago
  • Segalanya Disini. . .
    Чтобы учить английский - Нужно учить английские фразы. Это аксиома.
    3 months ago
  • Hot Info Gallery
    Gambar pelakon seks yang paling cantik di dunia - Inilah pelakon seks yang paling cantik di dunia, dikenali sebagai Candace Cage, berumur 22 tahun dan berketinggian 1.63cm. Gadis ini dilahirkan pada 8 Ogos...
    5 months ago
  • ! !!JoSrEvAlUtIoN!! !
    INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG - INSPEKTOR LAPAR SEKS DISIASAT KERANA MENCABUL ISTERI ORANG | SEREMBAN - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor disiasat kerana didakwa mencabul seorang...
    6 months ago
  • Up To Mu | Blogger Malaysia | Blog Uptomu
    Konvokesyen Tadika Di Gaza Yang Sangat Brutal - * admin memang harap ini bukan benar tetapi nampaknya agak real pula..hihi* * dengar-dengar semua budak ini dipaksa untuk membuat sedemikian.* * * **...
    10 months ago
  • Klon Buaya
    Kantoi Tidak Pakai Seluar Dalam, Pad Terkeluar Bila Datang Haid - Pad yang dipakai tidak sesuai dengan saiz agaknya dia pakai. Sampai tersembul keluar pad.Kurang pasti lah bagaimana cara pakai pad. Apakah bila pakai pad m...
    11 months ago
  • eh berita
    Pages Hina Agama Islam - Hacker Malaysia Harap Buat Tindakan ! - assalamualaikum ... sasiape yang ade kepandaian hacker tu .. harap hack pages haram jadah ni segera !!!! admin ada printscreen post DEKAT pages tu yang m...
    1 year ago
  • Gerakan Anti Anwar
    Kelab 'TIBAI' mahu lawan Anwar di PRU13 - [image: Sebahagian penyokong wanita kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh Rosli Talib] [image: Sebahagian penyokong kelab Tibai. - Foto Sinar Harian oleh...
    1 year ago
  • Terjah
    Terjah 10 Fobia Yang Paling Pelik Di Dunia - Definisi fobia mengikut Kamus Dewan Edisi Empat: ketakutan yang amat sangat akan sesuatu. Berikut adalah jenis2 fobia yang jarang tetapi wujud dalam masyar...
    1 year ago
  • Padang Temusu Online
    Najib harap mansuh SBPA 'gembirakan' semua - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap langkah kerajaan memansuhkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang diumumkan hari ini, akan ...
    1 year ago
  • Faceberuk
    Ketika berita on air, janganlah duk main-main kat belakang. [beruktube] - *Awkward!* *Hahaha. *
    1 year ago

Archive

  • ▼  2013 (91)
    • ►  May (2)
    • ▼  April (12)
      • Fasha n Jejai Dapat Baby Boy
      • Gambar Comel Anak Johan Bersama Ozlynn
      • Spesifikasi ACV-300 Adnan
      • Datuk Lee Chong Wei Kini Bergelar Bapa
      • [Berita Terkini Hot] Video Seks Mustafa Ali Pulak ...
      • [Gambar] Hot Siti Saleha pakai legging pants ketat...
      • Tema Untuk Majlis Perkahwinan Rozita Che Wan Dan Z...
      • Gambar seksi terbaru dari Rabecca
      • Bukti Pengganas Sulu itu Kebal
      • Tergamam Lihat Suami Peluk Janda Keadaan Berbogel
      • 100 Pencapaian Dari Najib Razak
      • Parlimen Ke 12 Sah Dibubarkan Rabu 2013
    • ►  March (10)
    • ►  February (15)
    • ►  January (52)
  • ►  2012 (442)
    • ►  December (14)
    • ►  November (14)
    • ►  October (13)
    • ►  September (33)
    • ►  August (45)
    • ►  July (30)
    • ►  June (25)
    • ►  May (33)
    • ►  April (12)
    • ►  March (89)
    • ►  February (88)
    • ►  January (46)
  • ►  2011 (134)
    • ►  December (16)
    • ►  November (1)
    • ►  September (1)
    • ►  June (3)
    • ►  May (8)
    • ►  April (13)
    • ►  March (19)
    • ►  February (27)
    • ►  January (46)
  • ►  2010 (77)
    • ►  December (34)
    • ►  November (10)
    • ►  October (8)
    • ►  September (13)
    • ►  August (4)
    • ►  June (3)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)

Popular

  • Bersetubuh Pelbagai posisi cara Islam
    1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Blogpenyamun ,Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, ...
  • Gambar hot lucah Syahrini atas katil kamar
    Blogpenyamun ,Artis hiburan Indonesia, Syahrini telah report polis mengenai foto-foto gambar panas lucah bogelnya di laman web blog. Sejak...
  • Gambar Ceria Sekitar Hari Perkahwinan Anak Rosyam Noor
    Ahli keluarga Rosyam Noor telah pun bertambah dengan kehadiran seorang menantu lelaki. Anak perempuan mereka iaitu Arniesha Azureen telah p...
  • Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani
    Tips & Petua Melambatkan Pancutan Air Mani Berikut tip-tips yang boleh diikuti untuk melambatkan pancutan air mani. Hubungan seks ...
  • Teknik Membelai Buah Dada Wanita
    Tetek atau buah dada yang besar sememangnya digemari para lelaki. Pada kebiasaannya wanita-wanita berbuah dada besar dalam saiz 36 dan ke ...
 
#########

PENGHARGAAN

    www.e-referrer.com
Laman web directory Malaysian Topsites My Zimbio My Ping in TotalPing.com Free Auto Backlink Free Backlink! Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Blog Directory TopOfBlogs website analysis Backlink checker to blogpenyamun.blogspot.com
2010 Simplex Enews. All rights reserved.
Designed by SimplexDesign